Dear love,
Firstly, thanks for loving me. Terima kasih juga kerana sanggup menunggu jawapan dari Alia. Bila difikirkan semula, tiada sebab Alia menolak rasa cinta awak untuk Alia. Yes, Alia yakin dengan keputusan Alia. Alia akan buka hati Alia untuk cinta awak kerana rasa Alia awakla orangnya. Itu pada pandangan Alia la, kenapa tak bagi peluang dekat awak bukan? Andai ditakdirkan Alia dengan awak, sesungguhnya Alia sangatla bahagia.
Awak tanya, kenapa Alia menerima awak selepas sekian lama awak menunggu bukan? Ini bukan kerana awak menurut segala kemahuan Alia like you give me two cups that I show at this blog as my birthday present, seriously la Alia sangat terkejut. Alia bukan terkejut disebabkan hadiah tuh. Alia terkejut kerana pertama kali Alia jumpa lelaki yang sangat prihatin dengan apa yang Alia luah kan di dalam blog ni. Terima kasih awak. Alia sangat menghargainya. Nampak sahaja kecil, tetapi sangat besar bagi Alia. Nasib baik awak tak bagi polaroid tuh sebab sudah semesti Alia tak akan menerimanya. Benda tu terlalu berat untuk Alia terima. Untuk itu, terima kasih awak. Haha.
Terima kasih juga kepada awak kerana awak sedaya upaya menjaga Alia. Awak, Alia dah besar la awak. Alia tak nak la terlalu bergantung dengan awak. Awak kena faham, Alia anak sulung. Alia dah biasa berdikari, kena kuat untuk menjaga keluarga Alia kelak, dan tidak ketinggalan awak juga. Betul tidak? Tapi tak bermakna Alia berkata sebegini, Alia tak nak bergantung dengan awak. Tak ada seorang perempuan pun yang mampu bertahan tanpa Adamnya. Percayala, Alia rasa sangat bahagia bila awak melayan Alia sebegitu. Terima kasih sekali lagi.
Awak tahu, awak suka buat perkara yang Alia tak pernah jangka. Like tadi, mati mati Alia ingat awak nak makan udang tuh. Yela usha awak kupas kulit udang dengan sudu and garfu bukan main payah. Alia gelakkan awak kan, cakap awak tak reti kupas udang macam Alia padahal bila kita sama sama kupas awak lagi cepat kupas. Haha. *Ala, Alia sengaja je tu awak. Nak bagi awak happy. Cover! HAHA. But then lepas dah bogel udang tuh, awak letak udang tuh dekat pinggan Alia. Sekali lagi Alia tak tahu nak buat apa. Satu, Alia terkejut sebab awak baling udang tuh. Siapa tak terkejut awak?! Keduanya, terharu. Terima kasih sekali lagi sayang. Lagi satu, maaf awak pasal Alia tak ambil duit yang awak hulurkan tadi. Bukannya Alia tak sayangkan awak cuma Alia taknak awak manjakan Alia, sayangkan Alia dengan cara begitu awak. Seriously Alia tak suka. Takpe, next time awak belanja pula, okay?
Mmmm kemudian, awak sangat la ambil berat pasal Alia. Alia ingat lagi, kita pergi makan kan pastu jumpa all your friends dekat sana. Okay, awak sangatla ramai kawan until Alia rasa macam Alia di dunia awak dan awak la rajanya. Yela, pergi mana mana pasti akan ada orang tegur. Tak kira la lelaki or perempuan. Famous gila awak dekat sini, Alia rasa nak menyorok jea. Alahai. Malu tau. Okay back to story,awak pun kenal kan dengan kawan awak dan kita pun duduk. Lepas tuh awak pergi beli makanan. Tinggal la saya sorang sorang dengan kawan awak. Saya rasa janggal! Awkward! Masa tu Alia baru la rasa nak sangat awak datang dekat saya. Kemudian awak sampai, terus lega. Baru la saya bergelak ketawa dengan kawan kawan awak. Again, thanks love.
Lastly, Alia nak say thanks sebab selalu buat Alia ketawa, gembira sebegini. Terima kasih sebab menyayangi Alia. Terima kasih juga sebab sentiasa mendengar luahan Alia. Dan Alia harap hubungan kita akan kekal ke akhir hayat. Amin. Sebelum tu, awak jangan la terlalu sembunyikan apa yang awak rasa semata mata nak menjaga hati Alia. Please jangan. Just being honest with me okay. Rasanya ini jela Alia nak cakap dekat awak. Hah, maaf sebab selama ni agak payah Alia untuk menyebut tiga patah perkataan tersebut depan depan awak. Awak sangat memahami. Alia suka bila awak cuba cara lain untuk membuat Alia menyebut perkataan tersebut tanpa rasa segan. Again, terima kasih awak. Terima kasih cinta. Alia sayang awak. That's it. Sekian.
From, your sayang. Me. :)
p/s: Ya Allah, terima kasih kerana membuat aku rasa bahagia, terima kasih kerana temukan aku dengannya. Terima kasih. :')