Wednesday, January 30, 2013

End of January

Salam semua. Apa khabar? Harap semua dalam keadaan sihat belaka hendaknya la. *smile. Alia disini sihat sahaja, cuma penat sedikit sebab baru balik dari Penang, bercuti bersama keluarga. Overall, Penang tak banyak berubah. Semua masih sama. Alia pergi semua tempat yang Alia rindu such as Medan Selera dekat Padang Kota and area Komtar sana. Bought all the jeruk things. Sempat juga la Alia beli for roommate Alia. Kesian diaorang tak balik this week sebab jauh kan rumah, plus dengan duit belanja ticket bus pergi dan balik pun mahal, dan lagi lagi nak dekat cuti raya cina. So diaorang pun tak balik la. Harap diaorang suka. :)

Okay, actually Alia tak ada benda penting nak cakap pun sebenarnya. Just rindu hendak berblogging, tapi tak ada idea nak menulis apa. So Alia bedal jela apa yang terlintas di fikiran Alia. 

Now, Alia dekat kampus Alia. Mmmm,you guys know about Lendu things right? Dalam bab ni, Alia tidak pasti ianya betul ke tidak. Yela, pada mulanya isu ni sibuk diheboh heboh kan, hingga menjadi hashtag di Twitter, Facebook, Myspace, Friendster (Masih wujudkah lagi manusia menggunakan myspace/friendster) atau mana mana laman maya yang Alia payah nak mengingatnya.  Tapi sekarang, senyap macam tuh saja. Musykil tak musykil. 

Alia masih teringat lagi masa Alia membaca retweet si manjun ini, si cantik ini, si mulut macam longkang ni (setiap tweetnya tak sah dengan kutukan kepada musuh ketatnya. Bagi Alia, kalau dia kutuk sampai macam tuh maybe sama peragai je dengan musuhnya tuh.) yang doakan for UITM Lendu student's all that la dekat timeline tuan empunya ni. Scroll scroll, semua duk doakan keselamatan diaorang. Mana boleh jadikan? Mestila nak tahu. Apa?! Alia tak nak jadi katak dalam tempurung gila, cukup nampak cahaya, hirup udara sudah la, HAHA. Oh lupa, Alia ni jenis orangnya yang lambat tahu pasal cerita yang terhangat masa sekarang. Contohnya, korung dah tahu cerita tuh dari minggu lepas and me of course baru tahu hari ni. Macam tuh la. Sebabnya Alia ni jenis tak ambil kisah sangat, bak kata kawan Alia 'Kau ni dengan Alia rilex kau jea, selamba kau, blur kau. Itu yang lembap.' Tak dinafikan la, betul cakap kawan tuh. Haha, nak marah pun tak boleh. 

Okay, back to story above. Nak dijadikan cerita, Alia mula la bertanya kepada mana mana kenalan Alia yang belajar di sana. Kebetulan pula buah hati Abang Mir Alia belajar disana. Alia pun "PING" "PING" la dia. Tanya apa yang sebenarnya berlaku dan bla bla bla semua la. Nak lagi detail, Kak Mahira which is my abg mir girlfriend yang sekarang merangkap kakak Alia ni menghantar satu link dimana Alia rasa semua pun telah membacanya kot. Based apa yang dicerita dan dibaca oleh Alia, kejadian yang berlaku di Lendu tuh bagi Alia sangat menakutkan. Alia tak nak explain dekat sini, dan tak nak ingat pun sebenarnya.

Jadi bertambah pelik bin ajaibnya, selesai je Alia baca blog tuan yang tak dikenali tuh serta habis ber'bbm' dengan kakak kesayangan Alia tuh, Alia ternampak satu tweet dari junior mengatakan kampus Alia, atau lagi tepat blok Alia ada histeria. Pelik tak pelik weyyyy! Teruk juga la minah minah tuh kena histeria. Dan sudah pasti Alia dengan peragai tak ambil kisahnya. Hee. Lagi Alia ambil tahu, lagi takut jadinya. Minah minah kena histeria tuh tak tahu la apa cerita. Ada dengar rumors, tapi dengar macam tuh jela. So sekarang keadaan blok Alia sudah seperti biasa. Alhamdullilah. Dulu, even duduk dalam bilik sorang sorang rasa tak selamat/takut, tapi sekarang tidur tiga empat pagi apa ada hal. Haha *Belagak plak Alia. Jangan Alia, behave. Tempat orang ni, dengan keliling hutannya.

Rasanya itu jela Alia nak cerita. Plus Alia sudah mula garu sana sini. Ini semua angkara ulat charlie ni la, merata rata kot. Sabar jela. Okay la, Alia akan sambung berblogging lagi bila rasa rajin tuh dah datang eh. HAHA. Jangan risau, blog Alia tak kan hilang macam tuh. Pasti satu masa Alia akan berblogging, update new post okay.

Oh sebelum terlupa, dah nak masuk bulan February sudah. Tinggal sebulan macam tuh jea Alia belajar. Lepas tuh final exam. Oh My! Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je daftar masuk for this sem. Maknanya Alia kena start focus belajar la. Haha, baru nak focus. Doa doakan la Alia rajin ye semua. Hee. Terima kasih.

ps: to sesiapa yang buat Alia as crush korang, makluman tuk semua February adalah bulan kelahiran Alia. Kalau boleh on my birthday, bought to me a polaroid camera with picture of your confession. * Demand. HAHA. Korang buat, confirm Alia said yes. Sebab rasa diri ni dah puas sendiri. Nak cari malas. So take note guys. : D


That's it. Night. Assalammualaikum.

Friday, January 4, 2013

Two Thousand Thirteen

Salam guys. Okay, mood berblogging sudah kembali. Agak lama Alia tak post apa apa kan? Maaf, saya semakin malas pula akhir akhir ni nak mengarang. Plus, Alia semakin busy, maklumla Alia dah masuk semester baru sudah. Oh, cerita pasal belajar ni, aiseyyyy! Result Alia semakin down, sama macam lagu Down yang duk bermain dekat musicplayer Alia ni hah. Entah la, ada silap sana sini. Tapi takpe, tak perlu putus asa right? Cuba this semester, cuba dapatkan dekan. So, RAJIN la Alia oi. Hahaha.

Haa, this time Alia dapat roommates baru tau. Umur sebaya dengan Alia, sorang nama Jijah dan sorang lagi nama Mani. Dua dua best. Sekarang ni dah terbaring, gara gara penat ke site visit. Kesian diaorang. Oh Jijah asal dari Terengganu dan Mani asal dari Kelantan. Aha, jangan terkejut after this Alia boleh cakap Timur. Even I got new roommates, but yet I missed my old roommates, which are Kak Nana and Kak Eyfa. Hope they being well at their home. Apa apa pun Alia bersyukur dapat diaorang sebab dua dua kelakar. Asyik nak buat Alia gelak. Lebih lebih Mani la, suka buat expression kelakar dia. Hee

Lagi satu, Alia nak wish goodluck to all my dearest, Asilah, Aqsa, Zack and Ami yang tengah sibuk exam sekarang ni. I know you guys can do it. Korung semua bijaksana. HAHA.

Oh, by the way Happy New Year everyone. 2013, hmmmmm. Oh no, I'm getting near to twenties. Get old, tak ada adik adik dah. Goal for 2013? Alia tak fikir pun. Maybe Alia nak diri Alia makin matang untuk tahun ni. Or rasa dicintai. Or Dean's List. Or just be happy. Apa pun harap tahun ni Alia berubah ke semakin baik, hendaknya la. Amin. Alia pun akan doa kan kebaikan kamu semua okay, :)

Itu jela kot nak cerita. Alia tak ada mood tetiba. Maybe next time Alia post lagi okay. Alia nak cerita pasal Alia pergi family vacation ke USS. Next time okay.

Kla, bye. Again, Welcome 2013 :)


p/s: tahun 2013 ni, jujur Alia mengaku Alia jatuh cinta dekat Zac Efron. Harap maklum. *Hah, sudah! Kemaruk Zac Efron!



See, macam mana Alia tak jatuh wei! Alahai, cair hati tengok crush kita ni hah. Dah matang dah dia, HAHA. Dulu High School Musical lagi. Hee.